Thursday, 4 July 2013

Jom Solat.

بسم الله الرحمن الرحيم



#situasi 1: Dulu - dulu kalau takde telekung je, rase blur nak solat macam mane. Takde telekung, macam mane nak solat?

#situasi 2: Dulu - dulu kalau singgah solat di masjid atau surau, mesti pilih telekung yang cantik. Wangi.  Kalau kepam, kononkonon nanti bau terbawak bawak dalam solat.

#situasi: Dulu-dulu kalau solat di masjid atau surau, mesti aku yang paling last. Mesti yang paling akhir siap. Kalau boleh, muncung tudung tu nak tajam macam bucu roti tisu. Selagi muncung tudung bulat macam roti bom, selagi tu la dok ngadap cermin.
 ***


Ketiga-tiga situasi ni, aku alami tyme sekolah menengah dulu. Tapi bila dah masuk universiti, ada sesuatu yang baru aku belajar dari students di sini. “Solat tanpa telekung.” Banyak pahala mereka. Tanpa perlu bersuara pun mereka mampu membiaskan sesuatu yang baik melalui apa yang mereka buat. Mudah je dapat pahala ;D

Mule - mule terasa janggal, rasa kurang selesa. Tyme solat rasa ternampak sana, ternampak sini. Tapi, lame-lame Alhamdulillah. Mule timbul dalam hati, Islam bukan serumit yang disangka. Orang yang merumitkan adalah orang yang rugi. Banyak yang aku belajar. Belajar untuk memakai pakaian yang boleh dibawa terus dalam solat. Belajar untuk tidak merumitkan sesuatu keadaan walau kemana pun kami pergi. Belajar untuk menjadi wanita yang tidak mudah merungut. Belajar untuk sentiasa menjaga kebersihan & wudu’ supaya mudah tunaikan solat bila masuk waktu. Belajar untuk menghargai masa. Belajar untuk sentiasa mempelajari walau dari siapa pun.

Pernah suatu hari di shopping mall ,  aku solat dengan memakai baju kurung & tudung. Seusai solat ada seorang kakak tegur dengan wajah yang penuh kasihan & simpati,

“dik takde telekung ye. kesian kak tengok. solat pakai baju kurung macam tu je. kenape tak bagitau kakak tadi nak solat. boleh pinjam telekung kakak.”
 Rasa nak gelak pun ada. Kemungkinan besar sebab muka tyme solat, muke kesian sangat minta simpati sebab tak bawa telekung haha.

“eh takpe je, kak. boleh je solat saya pakai macam ni. Insha Allah baju & tudung ni xjarang ;D “

Dalam Quran / Hadith, wanita tak disuruh untuk memakai tudung atau telekung tetapi wanita diwajibkan agar auratnya ditutup rapi. Bukan dengan tujuan untuk menyusahkan atau menghukum wanita tetapi untuk meletakkan maruah & darjat wanita di tempat yang tinggi. Di tempat yang sebetulnya.

Kalau betul sesuatu itu mahal & berharga, adakah kita sanggup letak barang tu di tempat yang terdedah & mudah untuk orang lain mencuri atau menyentuhnya? Tak risau rosak? Tak takut hilang? Lihat dengan pandangan mata hati & bukan lagi dengan pandangan mata kasar.

Siapa kata haram pakai selendang, tudung jawa, tudung melayu, tudung siam, tudung bawal, tudung pari atau semua jenis tudung yang wujud sekarang? Bidang 60 tidak diwajibkan dalam mana-mana Hadith. Bidang apa pun tak kisah asalkan sesuai dengan kita. Tak baik ye menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Pakai apa pun boleh asalkan longgar, tidak terlalu ‘meriah’ atau 'gilang gemilang', tidak jarang atau singkat. Senang je nak tau pakaian yang kita pakai okayy atau tak. Tengok depan cermin, tanya diri sendiri;

“Agak agak kalau baju yang aku pakai ni, sesuai tak untuk bawak dalam solat?”

Hak menutup aurat bukan hak mereka yang belajar pengajian agama. Bukan hak asasi mereka yang tua tua. Bukan hak mutlak penceramah dan pendakwah. Menutup aurat adalah hak semua. Siapa yang tak tutup aurat maknanya dia tak menunaikan hak diri sendiri. Siapa yang tak tunaikan hak diri sendiri maknanya dia benci diri sendiri. Dia benci diri sendiri sebab sanggup letak risiko paling besar untuk jasadnya diseksa di neraka kelak. Kalau nak tahu, kecantikan sebenar terserlah bila seseorang itu menutup aurat biarpun muncung tudung tak setajam bucu roti tisu. Betul ni. Takkan nak tipu pulop ;D

Ada seorang sahabat berkongsi pengalamannya solat di surau luar kampus dengan hanya memakai baju, tudung biasa tanpa telekung. Kita tidak jangka, walau sekecil-kecil benda pun ianya mampu didakwahkan tanpa kita sedar.

Makcik sebelah dia, dok tenung dari mula solat sampai ke rakaat terakhir.
[tak berapa ingat sangat exactly dialog antara mereka berdua]

"takpe ke dik solat macam tu je?"

"oh, takpe je makcik. asalkan, aurat ditutup sempurna; pakai stokin, tak nampak lengan tangan, tudung tak jarang sampai nampak rambut, bersih, boleh bawa pakaian untuk tunaikan solat. Islam itu mudah. Pakai apa pun boleh. Melayu sendiri yang merumitkan :D "
"oh baru makcik tahu. mak cik ingatkan wajib pakai telekung waktu solat. terima kasih ye, dik! boleh la makcik solat macam ni je lepas ni asalkan aurat ditutup dengan baik. Moga Allah mempermudah urusan kita semua."

***
Tunjuk kepada mereka Non-Muslim, kita wanita Muslim yang berprinsip. Ada pegangan. Tidak mudah terpengaruh. Tak perlu terjerit-jerit paksa mereka masuk Islam. Tak perlu sehingga menghina bawa mereka masuk Islam. Tunjuk dari luaran, akhlak. Sampaikan dengan dengan penuh kehalusan. Kerana selalunya yang luaran itu terzahir dari dalaman. Jangan sampai mereka Non-Muslim tak tahu beza yang mana Muslim yang mana Non-Muslim. Nauzzubillah. Siapa tahu dengan akhlak kita yang dibiaskan melalui akhlak Rasulullah s.a.w mampu melembutkan hati mereka sehingga tertarik untuk bersama sama Islam. Insha Allah, Amiin Ya Allah. Islam jangan dirumitkan kerana Islam itu mudah.
Kalau kita mahu diri kita dihormati oleh orang lain, hormati diri sendiri dahulu.

***


Perkongsian sebegini bukan dengan tujuan untuk menunjuk baik, memapar kesempurnaan, mencari publisiti. Tidak sama sekali. Cuma nak berkongsi perkongsian dari kawan-kawan yang lain, manis & tenangnya rasa bila aurat ditutup hanya Allah yang tahu :)



                                                                Nazrey Johani - Muslimah

Ramai orang cakap nak pakai tudung selepas bernikah, sebab tak mahu bagi suami tanggung dosa. Tapi relakah kamu bila BAPA menanggung dosa itu sebelum kamu bernikah?
[Anonymous]


Thursday, 6 June 2013

Berhibur TIADA Salahnya.

Fitrah manusia suka pada hiburan dan nyanyian. Lalu apakah Islam menghalang penganutnya dari berhibur? Tentu juga tidak, tetapi Allah sudah menggariskan panduan bagi umat Islam.

Apakah panduan – panduan itu?

Ini bermakna, hiburan bukan perkara yang haram dalam Islam. Tetapi, ianya perlu dikawal supaya sesuai dengan kemahuan Islam

Daripada Cat Steven Kepada Yusuf Islam

Sebut sahaja Cat Steven, ramai yang mengenalinya. Penyanyi popular era 70an yang dikenali dengan lagunya, ‘The Last Train’ ini kembali kepada agama fitrah seluruh manusia iaitu Islam.
Cat Steven atau nama Islamnya iaitu Yusuf Islam begitu mencintai muzik. Muzik dalam hidupnya adalah satu kemestian.

Sebelum memeluk Islam, beliau aktif menghasilkan album yang pelbagai genre muzik. Walau bagaimanapun, setelah memeluk Islam beliau tetap juga aktif menghasilkan album walaupun sudah memeluk Islam. Ini kerana jiwanya ialah jiwa pemuzik.

Tetapi,

Wujud  perbezaan antara muzik sebelum dan selepas  beliau memeluk agama Islam. Sebelum memeluk Islam muzik yang dibawa adalah berunsur cinta dan keduniaan.

Tetapi sesudah dia memeluk Islam, lagu – lagunya berunsur ketuhanan. Antaranya ialah lagu I look I see yang bertemakan keimanan kepada Allah.

Ini menunjukkan Islam tidak pernah menghalang kita menjadi pemuzik atau mendengar muzik. Seandainya tiada muzik berunsur Islam di dunia ini, maka umat Islam akan beralih kepada kepada muzik yang melalaikan untuk menghiburkan diri.

Begitu juga dengan Yusuf Islam ini, adakah ianya akan memilih Islam sebagai agamanya sekiranya jiwa pemuziknya akan disekat? Tentu tidak.

Agama Islam tidak boleh dikatakan syumul atau menyeluruh sekiranya tidak membenarkan penganutnya berhibur dengan muzik. Tetapi Allah lebih mengetahui makhluk ciptaannya.

Allah membenarkan manusia berhibur asalkan ianya bertepatan dengan agama Islam dan tidak melalaikan dari mengingati Allah.



Kesimpulannya, matlamat kita berhibur adalah untuk menyenangkan hati dan bergembira tetapi jangan lupa, matlamat utama tetap juga untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Itu matlamat sebenar kita bergembira dengan mendengar muzik.
.
# Artikel ini dipetik daripada buku Give & Take: Antara Hamba & Pencipta, Nurul Ain Ahmad


Nak Ubah.?

Bismillahirrahmanirrahim
*Nota pendek untuk hari ini*

Lama dah rasanya tak update apa-apa di laman ni.
Apa khabar iman? :)

Percaya tak?
Kini manusia lebih sukakan ketenangan yang sementara berbanding ketenangan yang hakiki
Tak percaya?
Buktinya
Kita lebih cenderung untuk meluahkan rasa kecewa, marah, benci, simpati di dunia laman sesawang
Aktiviti & diari harian di'update' buat 'rujukan rakan - rakan
Dan..
Tiada lagi privacy untuk diri sendiri
Pangg!!!
Kadangkala ada baiknya lempang diri sendiri dulu sebelum menasihati orang lain.. J
Tak salah untuk berkongsi sesuatu buat sahabat handai
Minta pandangan, semangat, motivasi, tunjuk ajar, kata dorongan & inspirasi
Tetapi adakalanya sesuatu yang tidak perlu pun kita 'terkongsi'
Allah sorokkan aib kita
Allah tak hebahkan pun dosa kita pada kawan-kawan kita yang lain
Takkan kita sukarela buka aib kita sendiri?
Kita post sambil marah-marah
Keluar perkataan yang tak sepatutnya
Nak jadikan cerita
Kawan kita yang tak bersalah pun ikut terasa
Kawan kita yang lain, mengapi-apikan lagi
Dia campak  bertong-tong minyak tanah atas api kemarahan kita
Bertambah-tambah marak.
Selesai ke?
Ada baiknya ambil wudu' mohon dengan Allah moga dipadamkan sifat kemarahan kita itu kerana itu sifat syaitan; sifat api
Wajah paling tak handsome & paling tak jelita adalah ketika mana seseorang itu sedang mengamuk-ngamuk. Kan? J

Jom sama-sama lepas ni kita mohon dengan Allah
Allah Pemberi Ketenangan Hakiki
Bukan manusia
Manusia tiada apa
Tetapi Allah ada segala-galanya
Percayalah. Berbaik sangkalah dengan Allah
Allah sentiasa ada dengan kita tetapi kita yang selalu tiada masa buat-Nya kerana sibuk dengan urusan dunia.
Sekali lagi
Mintalah dengan Allah
Allah tak marah
Allah lagi suka dengar rintihan kita
Allah lagi suka dengar tangisan kita
Allah lagi suka dengar permintaan kita
Allah lagi suka dengar rengekan kita
Mintalah pada-Nya
Ketenangan hakiki bakal kita temui
Percayalah sahabat-sahabat saya :')
Kita mohon dengan Allah confirm dapat!
Cuma caranya berbeza
Berdoa jangan ditanya pada Allah bila nak kabulkan
Itu gelojoh namanya ;D

CLICK SINI TENGOK VIDEO NI JOM! =)

Minta maaf andai ada kata-kata yang tak sepatutnya telah saya gunakan. Niat saya hanya satu. Sama-sama kita berubah sebelum Allah tutup pintu kesempatan buat kita. Yang baik datangnya dari Allah & segala yang buruk, cacat & kurang itu disandarkan atas diri saya sendiri. Moga yang sikit ini memberi manfaat yang besar buat kita semua. Insya Allah. Amiin

*p/s: Nampak saya buat salah, jangan lupa tegur tau! Terima kasih daun keladi! ;D

Yang Benar,

Insan berdosa & yang banyak cakap